Tuesday, 7 September 2010

Tinta-tinta Ramadan(next sequel)

Abu Bakar menatap wajah dengan mata dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panajng. Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu sudah datang. Masanya telah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua". Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini.

Tanda-tanda itu semakin kuat. Ali dan Fadhal dengan cergas mendapatkan Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi. Pintu rumah rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah yanh keningnya yang memercikkan keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu, terdengar seorang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?"tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maaflah, ayahku sedang demam". Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyaa sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah.

"Siapakah itu wahai anakku?"

"tidak tahu ayahku. Orang sepertinya baru sekali ini melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkan pertemuan di dunia".

"dialah malaikat maut." kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah bertanyakan mengapa jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga menanti kedatanganmu". Kata Jibril.

Tetapi ini ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega. Matanya masih penuh dengan kecemasan.

"Engkau tidak gembira mendengarkan berita ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya." kata jibril.

Detik--detik semakin dekat, saatnya Izrail menjalankan tugasnya. Dengan perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"jijikkah kau melihatku, sehigga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu.

"siapa yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

"Ya Allah!! dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada ummatku."

Badan Rasulullah mula dinigin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushikum bi shalati, wa maa malakat aimanukum. peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantaramu."

Di luar pintu, tangian mula kedengaran, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mula kebiruan.

"Ummati..ummati..ummati.."

Dan berakhirlah kehidupan manusia mulia yang memberi sinaran ke seluruh alam itu.

"Allahumma sholli'ala Muhammad wa baarik wa sallim'alaih."

Tinta-tinta Ramadan(sekuel ke-2)

Dah tu..aku pun klik la kat punat 'play', sambil mataku tertumpu kepada 'slideshow' yang ditayangkan kat skrin

Pagi itu, langit mula menguning. Burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah menyampaikan khutbah dengan suara yang terbatas.
qwa
"Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah,dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku, barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang yang mencintai aku akan masuk ke syurga bersama-samaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Tinta-tinta Ramadan

Hari ni,sudah penat menolong kakak-kakak yang nak buat kuih bahulu gulung yang sangat manis tu,seperti biasa, hati ni dengan tidak tenteram dan meronta-ronta nak naik rumah. kalau namanya dah naik rumah, apa lagi kerjanya, perkara wajib dan pertama apabila melayari alam maya ni, berfesbuk@facebooking dan sewaktu dengannya.

keadaan rumah yang tiada lagi siling menyebabkan aku berasa agak tidak selesa melayari alam maya tersebut. Hembusan kipas angin yang menjalankan tugasnya tidak berapa aku berkenan disebabkan oleh hawa panas yang disalurkan dari bumbung zink terus sampai ke kulit-kulit sawo matang aku ni. Mahu saja aku bawa laptop ni ke bahagian luar rumah yang agak 'open-air' tu.

Terdetik hati untuk menulis status Facebook,"tak panas ke online tengah-tengah hari ni", namun aku batalkan hasrat dek memikirkan orang-orang yang tengah ber'online' mungkin ditemani pendingin hawa yang memberikan sejuta keselesaan kepada mereka.

Sedang ralit membelek-belek bahagian Wall Faccebook tu, 2 pasang mata ni ternampak la satu video yang telah di'share'kan kat semua orang oleh cikgu Zarina, mengenai rentetan peristiwa Rasulullah tatkala menghembuskan nafas terakhir baginda.

Lantas jari telunjuk aku ini bergerak di atas 'touch-pad' ni untuk menggerakkan 'cursor' untuk memulakan video tersebut.