Tuesday, 7 September 2010

Tinta-tinta Ramadan

Hari ni,sudah penat menolong kakak-kakak yang nak buat kuih bahulu gulung yang sangat manis tu,seperti biasa, hati ni dengan tidak tenteram dan meronta-ronta nak naik rumah. kalau namanya dah naik rumah, apa lagi kerjanya, perkara wajib dan pertama apabila melayari alam maya ni, berfesbuk@facebooking dan sewaktu dengannya.

keadaan rumah yang tiada lagi siling menyebabkan aku berasa agak tidak selesa melayari alam maya tersebut. Hembusan kipas angin yang menjalankan tugasnya tidak berapa aku berkenan disebabkan oleh hawa panas yang disalurkan dari bumbung zink terus sampai ke kulit-kulit sawo matang aku ni. Mahu saja aku bawa laptop ni ke bahagian luar rumah yang agak 'open-air' tu.

Terdetik hati untuk menulis status Facebook,"tak panas ke online tengah-tengah hari ni", namun aku batalkan hasrat dek memikirkan orang-orang yang tengah ber'online' mungkin ditemani pendingin hawa yang memberikan sejuta keselesaan kepada mereka.

Sedang ralit membelek-belek bahagian Wall Faccebook tu, 2 pasang mata ni ternampak la satu video yang telah di'share'kan kat semua orang oleh cikgu Zarina, mengenai rentetan peristiwa Rasulullah tatkala menghembuskan nafas terakhir baginda.

Lantas jari telunjuk aku ini bergerak di atas 'touch-pad' ni untuk menggerakkan 'cursor' untuk memulakan video tersebut.

No comments:

Post a Comment